Salam bahagia buat semua!..
Hari ini bos kecil minta nak makan telur bungkus .Dah 2 hari dia dok minta nak makan Telur Bungkus .Tapi saya tak berkesempatan untuk membuatnya kerana asyik dok layan tidur kerana kerja malam.Tunggulah dulu Azim ,mama mengantuk ni.Tak dapat nak masak dengan 'heart and soul'(he..he macam Kylie Kwong dalam AFC pulak!) kerana mengantuk!sleeping beauty kuat sangat ni...lastly buat juga tapi hari cuti le.Mujur juga bos sabar menunggu.

Saya tak buat telur bungkus yang besar macam biasa tu sebaliknya membungkus sebiji-sebiji supaya senang dia nak makan dan saya tak masukkan sayur.Macam biasa la takut kat sayur!
sumber:dari dapursuzana
Bahan-bahan
- 250 gm.ayam cincang
- 1 biji bawang besar - dipotong dadu.
- 1 biji bawang putih - dicincang kasar
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap
- 2 biji telur - dipukul sedikit
- Garam & gula - secukup rasa
- Lada sulah - secukup rasa
- 2 helai daun limau purut-hiris halus
- Minyak utk menumis
Cara-cara
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
- Bila bawang besar mulai layu,masukkan kesemua sos & kicap.Kacau sampai sebati.
- Masukkan ayam cincang dan biarkan sebentar hingga masak.Akhir sekali masukkan daun limau purut,garam dan gula secukup rasa.Angkat dan ketepikan.
- Dalam kuali lain,panaskan sedikit minyak(sapu dengan tisu sahaja) dan tuangkan telur yg dipukul untuk di buat telur dadar yang nipis.Seratakan telur di tepi kuali supaya boleh meliputi ayam tadi.
- Angkat dari api,letak dalam pinggan besar kemudian letak inti ayam di tengah-tengah dan lipat seperti popia.
- Siap untuk di hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan