Selasa, 13 Disember 2011

DAPUR

5 cara mudah susun barangan dapur.
Dapur merupakan  ruang paling menjadi tumpuan dan 'sibuk' di kediaman.Selain tempat memasak ia juga menjadi tempat berkumpul.Bahkan,hampir separuh daripada keperluan harian juga terletak di dapur.Justeru,tidak hairanlah andai dapur menjadi antara ruang paling mudah 'bersepah' dan 'semak'.
Selain dekorasi di ruang dapur,susun letak barangan atau perkakas keperluan dapur juga perlu di ambil perhatian.Penggunaan kabinet atau rak sahaja belum memadai untuk menjadikan dapur anda selesa.Anda mungkin sering berhadapan masalah tersilap ambil antara garam atau serbuk perasa dengan gula,antara tepung gandum dengan tepung jagung  atau pulut dan sebagainya untuk masakan atau minuman.
Perkara ini berlaku disebabkan'pengurusan'barangan keperluan itu tidak tersusun dengan baik.Berikut beberapa tip yang boleh menghindari masalah seumpamanya timbul sekaligus menjimatkan masa anda tatkala berada di dapur.Dengan cara ini,tidak perlulah anda berulang-alik antara tempat penyimpanan dengan tempat memasak atau membuat kerja-kerja dapur.
  • Senaraikan barangan runcit yang di perlukan di dapur.Ia mungkin kelihatan remeh,namun tidak salah menggunakan cara ini untuk memudahkan kerja-kerja di dapur.Tampalkan senarai berkenaan pada dinding,almari atau peti ais.tandakan barangan yang mempunyai tarikh luput sebagai peringatan.
  • Susun atau letakkan keperluan makanan kering di dalam sebuah almari atau kabinet khusus untuk menyimpan makanan berkaitan.
  • Elakkan dari mencampuradukkannya dengan barangan lain seperti plastik,kotak kosong,kertas dan sebagainya(simpan di tempat berasingan).
  • Susun dan simpan perkakas dapur seperti pinggan, mangkuk,gelas,periuk,kuali,pisau dan sebagainya di tempat tersendiri dan mudah untuk di capai(terutama untuk bekas yang kerap di gunakan bagi mengelak perkakas jatuh dan pecah).
  • Tandakan atau namakan bekas tertentu mengikut isiannya seperti gula ,garam ,serbuk perasa,tepung dan sebagainya dan susun pada rak berdekatan tempat memasak atau mudah di capai.
Sumber:Majalah Keluarga Mac 2006
Gambar:Cik Google.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan