style="text-align: center"

Selasa, 13 Disember 2011

BUBUR JAGUNG

Salam sejahtera,hari ini buat bubur jagung atas permintaan Che Amzar Arif.Dia suka sangat makan bubur jagung yang di tambah dengan sagu.Kebetulan ada 6 tongkol jagung yang di beli dalam perjalanan balik dari kuantan minggu lepas.Yang rasa sungguh 'terharunya',jagung tu ,si penjual kata dia beli kat PCB.Jagung kat tempat sendiri tapi 'bertemu' kat tempat orang pula!.

BUBUR JAGUNG
Bahan-bahan
  • 6 tongkol jagung
  • 3 cawan santan
  • 2 cawan air
  • 2 1/2 cawan gula pasir 
  • 3-4 keping gula melaka
  • sedikit garam
  • 3/4 cawan biji sagu kecil-di rendam sekejap dan toskan.
  • 2 helai daun pandan

Cara membuatnya.
  • Buangkan kulit jagung dan basuh serta toskan.Hiris jagung halus-halus.
  • Rebus jagung hiris hingga kembang dan empuk.
  • Bila jagung masak,tambahkan santan dan air(Sukatan boleh juga mengikut kesukaan masing-masing).
  • Tambahkan biji sagu dan kacau sekali-sekala hingga sagu masak.
  • Tambahkan gula, gula melaka ,sedikit garam dan daun pandan.Biarkan hingga bubur sebati dan masak sambil di kacau sekali-sekala.
  • Bila sudah masak,bolehlah di angkat dan di sejukkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan