Khamis, 8 Disember 2011

KEK CAWAN OREN

Salam sejahtera buat semua...dah lama saya tak buat Kek cawan.Boleh tahan juga lakunya.Sehari dah habis.Tukang bakar kek pun sempat makan sebiji aje.Jadi la buat ambil rasanya.Saya meletakkan sedikit Aising krimwell perisa kopi di atas kek ini lebihan yang di gunakan untuk membuat kek coklat pada minggu lepas.Aising ni saya selalu je buat banyak dan di simpan dalam peti sejuk ,senang kalau nak di gunakan nanti.


KEK CAWAN OREN
Sumber:Majalah Keluarga Sept.2009

Bahan-bahan
  • 250 gm.mentega
  • 250 gm.tepung naik sendiri
  • 200 gm.gula kastor(saya kurangkan ke 180 gm.)
  • 50 ml.susu segar UHT-di sejukkan
  • 5 butir telur
  • 1 sdb.oren emulco
  • 1sdt.esen vanila
  • hirisan kulit oren-ikut citarasa
  • sedikit pewarna oren
Cara membuatnya
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang dan halus.
  • Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang dan gebu
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan gaul rata.
  • Setelah sebati masukkan susu segar UHT yang telah di sejukkan.
  • Masukkan oren emulco,esen vanila dan kaup balikkan hingga sebati dan tuangkan adunan ke dalam acuan kek cawan yang telah di sediakan dan bakar di dalam oven dengan suhu 160'c selama 15-20 min.
  • Biarkan hingga sejuk dan sedia untuk di hias.
                                                                                                

Tiada ulasan:

Catat Ulasan