Rindunya nak pulang ke rumah..!dah beberapa hari bercuti walaupun seronok tapi hati sentiasa teringat nak pulang!.kami bertolak pulang dari Gombak pada 30 november pukul 8.30 pagi dan setelah merentasi Lebuhraya Pantai Timur selama 3 jam dan akhirnya sampai di Kuantan pada pukul 11.20 pagi.Berada semalaman di rumah my SIL dan esoknya pada pukul 8 .30 pagi kami bertolak pulang ke Kota Bharu,Klate .My SIL bekalkan dengan nasi goreng belacan yang sedap!.
Semasa melalui Terengganu saya terpandang pantai yang cantik ni.Tiba-tiba je suruh En.Zam berhenti untuk makan nasi goreng sebab dah beberapa kali Azim minta nak makan.Pantai yang sungguh cantik dengan ombak yang memutih menghempas pantai dan batu serta langit nan membiru(bahasa puisi pulak!).Tak puas memandang,lupa sekejap nak makan tadi.Masing-masing sibuk berlari kepantai.Nama pantai ini adalah Pantai Kemasik.
Pantai Kemasik merupakan pantai yang amat indah dengan pasir keemasan dan airnya jernih .Ini di sebabkan oleh kerana Pantai Kemasik mengadap lautan lepas menyebabkan tiada lumpur mendak pada kawasan pantai.Terdapat tebing bukit berbatu di sebelah kanan Pantai Kemasik ini dan juga perkampungan nelayan di sebelah kiri. Jika anda peminat fotografi(macam saya la),Pantai Kemasik adalah satu tempat wajib bagi anda jika datang ke Terengganu.Terletak 10 km.dari Bandar Kijal,pantai ini boleh di kunjungi terus dengan kenderaan.Dengan keunikan bongkah-bongkah batu yang kelihatan seperti bukit-bukit kecil di tepi pantai menambahkan lagi suasana keindahan pantai ini.
Anda boleh menyusuri alur sungai dan berjalan terus ke bukit batu di pantai semasa air surut.Saya zoom gambar Azim dari jauh .Nak sangat dia tengok sungai kecil yang cantik itu
Saya tak puas mengambil gambar-gambar di sini kerana
permandangan yang sungguh indah dan mendamaikan .Boleh mengarang cerita kalau lama-lama duduk disini.
CERITA PERJALANAN TAMAT DI SINI.TITIK.
Agen Togel Online
BalasPadam