Sabtu, 10 Disember 2011

KETAM MASAK MERAH


Salam sayang buat rakan-rakanku yang sudi singgah di sini.Jutaan terimakasih kerana sudi membaca resipi yang tidak seberapa ini.Sumber dari Hanamemories.Blogspot .Pesanan dari penaja-kalau nak hidang bersama nasi bolehlah di tambahkan siraman kuah tumisnya di atas ketam.Untuk tangkap gambar saya biarkan ketam ini tanpa kuahnya.

KETAM MASAK MERAH
Bahan-bahan
  • 6 ekor ketam (dipotong ikut suka)
  • sedikit daun sup/daun ketumbar(tak letak)
  • sedikit hirisan tomato
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 4-5 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • sedikit air
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar kicap manis
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
Bahan-bahan di bawah ini dihiris kecil2 dan ditumbuk halus:
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji cili merah
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
Cara membuatnya
  • Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi.
  • Masukkan cili kering dan jintan manis. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  • Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap. Kacau rata2 dan masukkan sedikit air.
  • Setelah mendidih, masukkan ketam dan bahan-bahan selebihnya. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan