Sabtu, 10 Disember 2011

CENDAWAN GORENG RANGUP

Cendawan goreng sangat sedap bila di makan panas-panas.Terasa kerangupannya.Biasanya kita menggunakan Cendawan tiram.Kita boleh menggunakan Tepung segera goreng ayam Adabi ataupun bancuhan tepung yang di buat sendiri.Dua-dua pun sedap!.

  • Cendawan Goreng Crispy
    resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

    Bahan-bahan 

  • 250 g cendawan (dicuci bersih dan dikeringkan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 sudu besar mentega
  • garam secukupnya
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • sedikit lada sulah
Cara membuatnya
  • Kisar/blend semua bahan kecuali cendawan hingga sebati. 
  • Siat-siatkan cendawan jika perlu. 
  • Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam. Pastikan minyak betul-betul panas.
  • Celupkan cendawan ke dalam adunan tadi dan gorenglah hingga garing keemasan. Kemudian toskan.
  • Hidangkan panas-panas bersama sos cili atau sos bermayonis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan