Isnin, 19 Disember 2011

POPIA GORENG


Salam sejahtera untuk semua..ini adalah antara menu dalam cuti sekolah yang sempat saya buat minggu lepas.Buat banyak-banyak dan simpan sejuk-beku..kalau rasa nak makan nyah -bekukan sahaja.Tak payah ulang-ulang membuatnya..letih la,tapi rasa release tension!.
 
POPIA GORENG
Bahan-bahan
  • kulit popiah secukupnya
  • udang -dibuang kulit
  • isi ayam
  • tauge
  • 1 batang karot
  • 1 batang timun
  • 1/2 biji ubi sengkuang
  • 1 cawan tauge
  • 2 ketul tauhu
  • lada sulah,garam secukup rasa
  • 1 biji bawang besar-potong dadu
  • 2 ulas bawang putih-cincang
  • 2 pokok daun bawang/sup-potong halus
  • sedikit bancuhan tepung gandum-untuk pelekat

Cara membuatnya

  • Isi udang dicincang halus, kemudian timun,sengkuang dan karot di hiris memanjang dan kecil.
  • Tauhu goreng garing dan di potong bentuk kiub kecil.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar tadi hingga layu, masukkan udang ,isi ayam dan hirisan karot.
  • Kacau sebati dan biarkan sebentar, selepas itu masukkan timun dan sengkuang dan gaul sebati.
  • Akhir sekali masukkan tauhu,daun bawang/sup dan tauge- sesuaikan rasa, masukkan garam dan lada sulah, pastikan inti popiah ini tidak berair dan sejukkan sedikit sebelum digulung. 
  • Gunakan bancuhan tepung gandum dicampur dgn sedikit air  untuk digunakan sebagai pelekat.
  • Letak inti di tengah kulit popia dan lipat seperti biasa, goreng dengan minyak yang banyak dan pastikan minyak betul-betul panas.
  • Sedap dimakan panas dan di cicah dengan sos pencicah atau sos cili thai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan