Rabu, 4 Januari 2012

IKAN GULUNG TELUR DADAR

Salam bahagia buat pengunjung setia dan yang datang sekali -sekala menjengah ke dalam rumah maya ku ini.Seronok dapat menulis di sini bila ada masa terluang.Biarpun tiada peminat yang beribu-ribu tetapi sentimental valuenya ada di skrin ini.Hari ni saya ingin berkongsi resipi Ikan gulung telur dadar.
Dulu-dulu semasa berada di dalam tingkatan Dua, cikgu masakan saya telah mengajar resipi membuatnya.Nama resipi pada masa itu ialah Ikan telur gulung.Selepas itu saya terjumpa dengan resipinya kat Majalah Keluarga dan saya membuatnya semula seperti yang pernah saya belajar dulu semasa remaja....lamanya!!

IKAN GULUNG TELUR DADAR
Sumber:Majalah Keluarga Januari 2005

Bahan-bahan
  • 500gm.isi ikan tenggiri-di hancurkan
  • 1 sdb.tepung ubi/tepung jagung
  • 5 biji telur(jum.bergantung pada pes ikan)
  • 1 batang karot-potong dadu kecil
  • 2 tangkai cili merah-potong halus
  • sedikit daun bawang -hiris halus
  • lada sulah
  • sedikit garam
  • serbuk cukup rasa Maggi
Cara membuatnya
  • Sediakan pes ikan-masukkan pes ikan,tepung ubi,karot ,cili merah dan daun bawang.
  • Tambahkan lada sulah,garam/gula dan serbuk cukup rasa.
  • Gaulkan hingga sebati.Panaskan pengukus.
  • Sediakan telur dadar-pecahkan sebiji telur dan masukkan sedikit lada sulah dan buatkan telur dadar nipis.
  • Buat beberapa biji hingga habis.Ketepikan.
  • Sediakan telur gulung-hamparkan telur dadar dan letakkan pes ikan di atasnya rata-rata.
  • Gulung kemas-kemas dan letakkan di dalam bekas untuk mengukus.
  • Kukus selama 15-20 min.hingga masak.
  • Bila masak sejukkan sebentar dan potong seperti di dalam gambar.Letak di dalam pinggan bujur dan sedap di makan dengan sos cili
Bahan sos cili
(boleh juga di guna sos pencicah dalam botol)
  • 2 biji cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sdb.sos tomato
  • 1 sdb.cuka
  • garam/gula secukup rasa
Cara membuatnya
  • Tumbuk halus cili merah dan bawang putih dan kemudian di campurkan dengan sos tomato,cuka garam,gula secukup rasa.Hidangkan dengan ikan gulung telur dadar.

1 ulasan:

  1. ya, saya juga pernah belajar buat ikan telur gulung ni masa di tingkatan 2. suke sgt. simple dan sedap.

    BalasPadam