Selasa, 3 Januari 2012

FILET AYAM GORENG RANGUP


Salam sayang untuk semua pembaca.Teruskanlah membaca ye kerana orang boleh pandai setinggi langit,tetapi selama mana ia tidak menulis,ia akan hilang dari masyarakat dan sejarah-Pramoedya Ananta Toer.
Saya mencuba Ayam goreng rangup ini setelah makan Ayam goreng Uncle Bob masa pergi berjalan kat KL  hari tu.Kat Kelantan ni saya belum jumpa lagi Ayam goreng Uncle Bob atau yang sewaktu dengannya.Anak-anak sangat gemarkannya.Ia di jual dalam kepingan leper yang berharga pada Rm 5.50 sekeping dan penjual akan memotong kecil-kecil bila kita ingin membelinya.Ia adalah ayam yang di goreng tanpa tulang dan di makan dengan sos.
Didalam resipi ini saya menggunakan dada ayam yang di buat filet.Nak lagi senang, kita boleh juga menggunakan tepung goreng ayam yang dah siap seperti Tepung goreng ayam Adabi.Ayam ni habis dalam masa 5 minit sahaja.Tukang goreng pun tak sempat makan!!.

FILET AYAM GORENG  RANGUP

Bahan-Bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji telur
  • serbuk roti
  • sedikit garam
  • sedikit lada sulah
  • serbuk perasa ayam
  • minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya

  • Ayam di potong-potong dan di bersihkan dengan tepung gandum. Bilas dan toskan.Tumbuk halia dan bawang putih.
  • Satukan ayam dengan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk, lada sulah, garam dan perasa.
  • Perap seketika di dalam peti sejuk.
  • Bila masa untuk menggoreng ,pukul telur. Ambil ayam tadi dan celupkan ke dalam telur, kemudian gaul atau lumurkan dengan serbuk roti.
  • Goreng hingga keemasan.
Resipi orang malas yang saya buat di dalam gambar di atas,
  • 2 belah dada ayam
  • lada sulah
  • tepung goreng ayam Adabi
  • telur ayam-di pukul sedikit
Cara membuatnya
    • Basuh dada ayam dan toskan.Buat filet ayam.
    • Renjiskan dengan sedikit serbuk lada sulah.
    • Panaskan minyak banyak dan salut filet ayam dengan telur dan kemudian tepung goreng ayam.
    • Goreng sehingga berwarna keemasan.
    • Semasa menghidang potong kecil-kecil



        Tiada ulasan:

        Catat Ulasan