Selamat petang,di harap semuanya berada di dalam keadaan yang baik-baik sahaja .Hai ..sunyi betul rumah ini di petang Jumaat yang mendamaikan .Ketiga-tiga dayangku tiada di rumah ,dua orang pergi tuisyen dan seorang lagi balik kampung.Tinggallah saya seorang bersama komputer ini.Saya mencuba kek ini dari Blog Dayang Jack tetapi telah terubah- suai sikit di mana saya tidak meletakkan lapisan milo di tengahnya.Lepas tu di ubah- suai lagi dengan 'tertambah' Hawflakes pula ,setelah terjumpa sebungkus Hawflakes di dalam peti ais.Kalau nak buat Kek kukus asam manis sudah tentu tak cukup .Lastly saya tambahkan saja ke dalam kek ini sebelum tarikh luputnya habis.Tengoklah ada sikit je Hawflakes dalam kek.Sedap juga!!...
KEK KUKUS ROSSALEENDA
KEK KUKUS ROSSALEENDA
Sumber:DayangJack.blogspot
Bahan-bahan
- 250 g tepung naik sendiri
- 250 g mentega
- 170-180 g gula kastor
- 5 biji telur A (asingkan putih dan kuningnya)
- 4 sdb.serbuk horlicks
- 4 sdb. susu pekat
- 2 sdb coklat rice
- 2 sdb. milo (dibancuh dgn 1 sdb. air panas)
- sedikit pandan emulco (dicampurkan dgn. sedikit pewarna hijau)
- sedikit pewarna merah jambu (boleh juga dicampurkan dgn pes strawberi).
Cara membuatnya
- Sediakan pengukus. Jerangkan airnya.
- Sediakan loyang kek yg bersesuaian. Sapukan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. Seelok2nya alas loyang dgn kertas minyak.
- Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar dgn kelajuan maksima. Putar hingga gebu. Ketepikan.
- Di dlm mangkuk pengadun yg berasingan, satukan mentega bersama susu pekat dan kuning telur. Pukul hingga putih berkrim.
- Kemudian masukkan serbuk horlicks dan tepung sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan. Pastikan adunan sebati.
- Kemudian, satukan adunan dgn meringue(putih telur) tadi. Putar perlahan hingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Setiap satunya dibubuh pewarna merah jambu, pes pandan dan satu bahagian lagi dibubuh pes milo. Untuk adunan milo tadi, masukkan chocolate rice dan kacau perlahan.
- Tuangkan lapisan merah jambu di dalam loyang dan ratakan dgn spatula. Kemudian, tuangkan pula adunan milo di atasnya. Ratakan hingga menutup lapisan merah (tidak perlu ditekan kuat). Akhir sekali dituangkan lapisan hijau.
- Setelah itu, tutupklah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukuslah selama lebih kurang 1 jam atau sehingga kek masak.
- Setelah masak, tutupkan api pengukus dan biarkan sebentar selama 10-15 minit. Barulah kek dikeluarkan dari pengukus. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang. Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan