Khamis, 5 Januari 2012

JAGUNG MUDA BERSAMA TELUR

Selamat petang untuk semua .Hari ini saya ingin berkongsi resipi sayur yang saya buat untuk makan tengahari.Sayur ni kalau lama-lama duk tidur dalam peti ais ,boleh jadi tension .Dia pun mula lah jadi rosak dan kecut kerana teramat sedih tak ada orang yang ambil untuk di masak.Tu la sapa gi beli sayur banyak-banyak(kata kat sapa tu!) dah la masak pada hari cuti,lambatlah nak habis....

Ok,mari kita tengok resipinya,

JAGUNG MUDA BERSAMA TELUR
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan(3 orang)
  • 5 batang putik jagung
  • bunga kubis
  • 2 ulas bawang putih-cincang
  • 2 ulas bawang merah-cincang
  • 1/2 biji lada benggala hijau
  • 3 helai daun kubis
  • 1 biji telur
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 2 sdb.sos ikan
  • 1 sdb.sos tiram
  • air secukupnya -utk.kuah
Cara membuatnya
  • Basuh semua sayur dan potong sayur ikut cara sendiri.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali ,kemudian masukkan bawang cincang.Bila bawang naik bau,masukkan sedikit air .
  • Tambahkan sos tiram dan pati  ikan bilis
  • Masukkan putik jagung dan biarkan sebentar dan di ikuti oleh bunga kubis dan daun kubis.
  • Tambahkan sos ikan dan air secukupnya untuk kuahnya.
  • Bila mendidih,pecahkan telur di dalam kuah.Biarkan sebentar hingga telur hampir masak.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan