Sabtu, 7 Januari 2012

PENGAT LABU KUNING



Pengat labu sedap di makan sama ada sejuk ataupun suam.Sesuai untuk hidangan di waktu minum petang atau di makan sebagai pencuci mulut selapas makan tengahari.Di dalam resipi ini saya menggunakan bubur cha-cha sebagai pengganti sagu yang di adaptasi dari resipi Kak Hanieliza yang menggunakan sagu.

 Pengat Labu
Sumber:My kitchen


Bahan
-bahan

  • 1 biji labu kuning-saiz sederhana besar
  • 5 cawan air
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 keping gula melaka
  • gula pasir(ikut manis)
  • 1/2 cawan sagu mata ikan -basuhkan dan toskan
  • atau 1/2 cawan bubur cha-cha-di rebus hingga masak.
  • daun pandan disimpulkan
  • garam
Cara membuatnya
  • Labu kuning di buangkan kulit dan biji. Potong kecil dan rebus dengan air, garam dan daun pandan.
  •  Bila labu dah hampir masak dan nampak lembut, toskan.Jangan terlalu masak kerana ia boleh hancur.
  • Masukkan  santan dan gula.  Masakkan sehingga mendidih.
  • Bila dah mendidih, masukkan sagu mata ikan/bubur cha-cha.
  • Bila sagu dah masak (nampak jernih) tutup api dan hidangkan dalam mangkuk.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan