style="text-align: center"

Ahad, 8 Januari 2012

SINGGANG TULANG

Salah satu masakan di kelantan yang biasa kita buat ialah Singgang tulang .Selain di buat di rumah ,ia juga di masak untuk jamuan kenduri kecil yang pada kebiasaan sebagai ganti Gulai daging.

SINGGANG TULANG
Sumber:Fz.menu.blogspot

Bahan-bahan
  • 1 kg. tulang  lembu
  • 1labu besar bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 11/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3/4 tangkai cili kering direndam dan dibasuh bersih
  • 2 sdb.ketumbar/biji rempah
  • asam keping
  • garam
  • serbuk cukup rasa
Cara membuatnya
  • Tulang direbus hingga empuk
  • Tumbuk ketumbar kasar-kasar, kemudian masukkan cili kering. Tumbuk kasar-kasar. Ketepikan.
  • Bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas di mayang.
  • Kemudian masukkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk rebusan tulang. Masaklah dengan api yang sederhana.
  • Tambahkan asam keping, garam dan cukup rasa
  • Masak lagi hingga sesedap rasa, baru ditutup api.
  • Sedia untuk dihidangkan.
**Apa bila kita memasak lauk-pauk mahupun sup yang terlampau banyak lemak,boleh di sejukkan lauk-pauk itu dan di letakkan di dalam peti sejuk selama semalaman.Keesokan harinya,apabila lemak timbul di atasnya mula beku,bolehlah di buangkan lapisan lemak itu-Chef Wan..

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan