Sabtu, 14 Januari 2012

SUP KAKI AYAM

SABTU,14 Januari 2012..salam bahagia.Siapa suka makan kaki ayam...kumpul banyak-banyak dalam peti sejuk dah dapat satu mangkuk Sup kaki ayam.Ia juga boleh dibuat gulai kari,percik ,kerabu dan di goreng serta di campur bersama sayur goreng.Dalam banyak-banyak cara cuma cara goreng saya tak pernah buat kerana ia kadang-kadang boleh 'kaboomm'dalam kuali.Kalau kena minyak panas,sapa nak tanggung!.tak pasal-pasal kena burn case first degree .    
SUP KAKI AYAM
Sumber:dari dapur

Bahan-bahan
  • kaki ayam-potong dua
  • 2 sdb.serbuk rempah sup Adabi
  • 2 ulas bawang putih-cincang
  • 3 ulas bawang merah-hiris nipis
  • 1/2 inci halia-cincang halus
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sdb.sos tiram
  • 1 sdb.sos lada hitam
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya -utk.kuah
  • minyak utk menumis 
  • daun bawang/sup dan bawang goreng-utk.taburan
**boleh juga di letak sayur pilihan seperti-kentang dan karot
Cara membuatnya
  • Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bawang putih,bawang merah dan halia hingga naik bau.
  • Masukkan air secukupnya dan kaki ayam.
  • Tambahkan serbuk rempah sup,kiub pati ayam,sos tiram dan sos lada hitam dan kentang.
  • Rebus dengan api sederhana hingga kaki ayam masak(nampak kulitnya lembut).
  • Selepas itu boleh di tambahkan karot.Teruskan mereneh sup,biasanya kalau makin lama makin terasa sedapnya.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.Taburkan daun bawang/sup dan bawang goreng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan