style="text-align: center"

Jumaat, 13 Januari 2012

FRAMBROZEN KENARI


Salam bahagia buat semua teman-teman yang di depan mata dan juga yang jauuuh.. di mata dan yang juga berada di alam web site.Hari ini saya nak kongsi resipi 'kukis' yang bernama Frambrozen kenari.Nama yang unik(terbelit lidah nak menyebutnya) beserta dengan rasa biskut yang sedap.Dan ia menjadi permintaan anak-anak untuk di buatkan lagi.Lain kali kali saya ingin membuatnya lagi,dan akan menggandakan adunan untuk lapisan bawahnya supaya lebih tebal kerana lapisan bawahnya amat rangup serta sedap sekali.Bentuknya akan jadi lebih cantik jika menggunakan loyang cutter.Saya cuma memotongnya dengan pisau sebab tu lah nampak bersepai dan bersepah saja!.Nanti la kita pun nak beli loyang cutter juga ,ada dalam wishing list gadget dapur,cuma belum sempat nak beli lagi.Sebab apa tu?ada la...


Lapisan bawahya menggunakan serbuk badam tetapi saya cuma ada biji badam yang telah di bakar.Saya telah mengisarnya menjadi serbuk sebab tu lah lapisan bawahnya nampak gelap.
FRAMBROZEN KENARI
Sumber:Kak Zuraini

Bahan-bahan
  • 240 gm.tepung gandum/tepung red rose
  • 100gm.gula kastor
  • 100 gm.serbuk badam
  • 200 gm.mentega
  • 1 biji kuning telur
  • 70 gm.susu tepung
Toping tengah
  • jem blackcurrant secukupnya (saya guna jem strawberry) 
  • Azlita guna blueberry filling
Lapisan putih(Meringue)
  • 60 gm.putih telur(2 biji)
  • 100 gm.gula aising
  • 1 sdt.tepung jagung
  • badam keping -untuk taburan
Cara membuat lapisan putih
satukan semua bahan dan putar dengan kelajuan tinggi.

Cara membuat biskut
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih
  • Masukkan tepung gandum yang telah di ayak dan gaul hingga adunan menjadi doh.
  • Lapik loyang dengan baking sheet (biasanya guna loyang 12 x12 x2 inci).
  • Masukkan adunan ke dalam loyang dan tekan padat-padat.Jika guna loyang cutter,masukkan cutter dan tekan hingga ke dasar.
  • Cucuk doh dengan garfu.
  • Bakar selama 15-20 min. dengan suhu 170'c atau hingga kekuningan.
  • Keluarkan cutter dari loyang setelah biskut masak.
  • Bila sejuk sedikit sapu dengan jem.
  • Paipkan lapisan putih di atas lapisan tengah dan letakkan taburan badam keping.Letakkan semula loyang cutter.
  • Bakar semula hingga meringue masak(saya dah terlebih bakar,nampak sedikit kekuningan).
  • Bila masak,keluarkan loyang cutter.Sejukkan dan bolehlah dimakan dan simpan di dalam bekas yang sesuai.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan