Isnin, 13 Februari 2012

BISKUT FLAMING STAR


























Salam bahagia buat semua..
Bentuk asal biskut ini adalah seperti bintang sebab tu agaknya di beri nama Flaming star.Tapi saya dah malas nak menerap,pakai potong sahaja sebab nak cepat siap ,dah jadi bentuk empat segi.Walaupun tak cantik tapi amat sedap dan rangup sekali.

BISKUT FLAMING STAR
Sumber:Majalah Saji
Bahan-bahan
  • 130 gm.mentega
  • 80 gm.gula perang
  • 60 gm.nestum
  • 30 gm ,badam cincang
  • 1 biji kuning telur
  • 30 gm.tepung jagung
  • 230 gm .tepung gandum
  • jem strawberry dan croquant secukupnya untuk hiasan.
Cara membuatnya
  • Panaskan oven dan ayak tepung gandum bersama tepung jagung dan ketepikan.
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang.Masukkan telur dan bahan lain.Gaul sebati
  • Canai doh setebal 1/2 cm.Terap dengan acuan bentuk bintang.Letakkan jem strawberry di atasnya.
  • Kemudian taburkan sedikit croquant.Bakar pada suhu 170'C hingga masak.
**Saya telah menggantikan croquant dengan bijan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan