Isnin, 13 Februari 2012

IKAN DURI MASAK ASAM PEDAS

Salam bahagia...
IKAN DURI MASAK ASAM PEDAS
Olahan:dari dapursuzana(versi Kelantan)

Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan duri
  • 4 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inc.lengkuas
  • 3 biji lada kering 
  • 1 inc.kunyit
  • daun kesum
  • daun asam kandis
  • 1 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa

 Cara membuatnya
  • Basuh bersih ikan dan kerat beberapa bahagian dan ketepikan 
  • Kisar bawang merah,bawang putih,lengkuas,kunyit dan lada kering bersama sedikit air.
  • Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air secukupnya untuk kuah.Tambahkan asam keping.
  • Bila mendidih,masukkan potongan ikan duri dan biarkan sebentar hingga kuah hampir mendidih sekali lagi.
  • Tambahkan daun kesum,daun kandis dan garam secukup rasa.
  • Didihkan sekejap dengan api sederhana.Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan