Ahad, 12 Februari 2012

PUFF MANGKUK


Salam bahagia seperti selalu...
12 Februari 2012 /19 Rabiulawal.

Menyendiri lagi,di saat kau tinggalkan diriku pergi..(teruskan ye ,nyanyi lagu ni sampai habis)he..he.Sebenarnya kebosanan melanda bila dok sorang-sorang ni.Anak-anak sibuk buat kerja sekolah,my bodyguard pula ada temujanji dengan kawannya ,jadi tinggal lah saya sorang buat aktiviti bebas iaitu menulis.
Saya kongsikan kali ini resipi Puff Mangkuk yang dah lepas ujian di dapur.Sedap di makan buat minum petang.Resipinya asalnya menggunakan pastri yang di buat sendiri tetapi untuk lebih cepat dan senang saya mengantikannya dengan Pastri Puff.Intinya dari Sambal ikan bilis yang saya buat sedikit manis.Sambal ikan bilis selalu di buat siap-siap dan di simpan di dalam freezer.Kalau tiba-tiba nak guna boleh saja di panaskan semula. Boleh juga di gunakan sambal daging cincang bersama kentang.

PUFF MANGKUK
Sumber:Majalah Saji

Bahan-bahan
  • 4 keping pastri puff
  • sambal ikan bilis secukupnya-di sediakan lebih awal.
  • 1 biji ubi kentang
  • sedikit keju mozarella parut
  • 1 biji telur kuning-utk.glis
Cara membuatnya
  • Panaskan oven terlebih dahulu.
  • Potong ubi kentang secara dadu dan rebus sebentar hingga empuk dan toskan.
  • Campurkan sambal ikan bilis dengan kentang dadu dan ketepikan.
  • Ambil sekeping pastri puff dan gelekkan sedikit supaya jadi nipis.Sapukan mangkuk kecil dengan mentega.
  • Letakkan pastri puff dan tekan sedikit di dasar mangkuk supaya nanti tidak gelembung apabila di bakar.
  • Masukkan 2 sudu besar inti sambal ikan bilis di dalam pastri puff dan kemaskan sedikit tepi pastri di keliling mangkuk.
  • Sapukan dengan kuning telur dan taburkan keju Mozarella parut di tengah pastri puff.
  • Bakar pada suhu 160'C selama 15 min.atau sehingga pastri masak.
  • Sejukkan dahulu baru di keluarkan dari mangkuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan