Rabu, 15 Februari 2012

BISKUT KEPINGAN RASBERI

Pertama sekali di ucapkan berbanyak terimakasih untuk gee-hut.blogspot.com kerana sudi menjadi kawan alam maya saya...
Resipi biskut ini adalah hasil idea kreatif dari Puan Fauziah Hassan.Bentuknya lebih kurang sama dengan Biskut Frambozen Kenari yang saya pernah buat dahulu.Tetapi resipinya adalah berlainan.



BISKUT KEPINGAN RASBERI
Sumber:Puan Fauziah Hassan,Taman Sri Gombak







Bahan-bahan
  • 125 gm.mentega
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 2 biji kuning telur
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 sdb.jem rasberi
  • 1/2 cawan badam hiris
Lapisan atas
  • 1/4 cawan gula kastor
  • 2 biji putih telur
Cara membuatnya
  • Panaskan oven terlebih dahulu.Ayak kedua-dua tepung .
  • Pukul mentega dengan 3/4 cawan gula kastor hingga kembang.Masukkan telur kuning dan pukul lagi.
  • Masukkan tepung gandum dan tepung naik sendiri , adun hingga rata.Jika masih terlalu lembik tambah sedikit tepung.
  • Sediakan dulang pembakar yang telah di lengserkan,tekan adunan setebal 1/4 cm.Bakar hingga kekuningan dengan suhu 160'C.
  • Keluarkan dulang pembakar dan ketepikan.
  • Pukul putih telur bersama 1/4 cawan gula kastor hingga putih dan pekat(meringue).
  • Sapu jem rasberi di atas biskut,tuang putih telur dan ratakan ke seluruh permukaan biskut.
  • Tabur badam hiris,bakar lagi selama 10 min.atau sehingga putih telur(meringue) keras.
  • Sejukkan dan potong biskut menjadi kepingan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan