Selepas sepetang menghabiskan rutin yang agak sibuk juga di tempat kerja,tibalah masa untuk saya merehatkan minda.Tadi keadaannya aman sahaja.... sehinggalah kemasukan dua kes gun-shot.Apalah dia orang ni main tembak-tembak buat sakit je.Apakata tukar siaran main masak-masak macam saya ni,boleh juga di buat makan!.
Cerita puding....
Puding ini amat sedap sekali.Tambahan pula bila di makan semasa sejuk.Kerana nak cepat saya telah terambil warna pink.Dah terletak dalam agar-agar tak dapatlah saya nak selamatkan lagi!.Adunan warna merahnya perlu di tebalkan lagi supaya nampak isi tembikai berwarna merah.
PUDING TEMBIKAI
Sumber:Yatimemories.blogspot
Bahan-bahan
- 1 paket agar-agar serbuk
- 2 keping roti sandwich
- 6 cawan air
- 1 1/2 cawan gula/ikut sesuai rasa
- 1/2 tin susu pekat
- 1 cawan susu cair
- 2 sdb.mentega
- 1 sdk.esen vanila
- cincau-potong kecil
- sedikit pewarna hijau dan merah
- secubit garam
Cara membuatnya
- Masak agar-agar bersama gula dan air hingga gula hancur dan sebati dengan agar-agar.
- Sementara itu carik-carikkan roti dan rendam dalam susu cair .
- Masukkan ke dalam blender bersama dengan susu pekat manis dan kisar hingga halus.
- Masukkan bahan yang telah di kisar ke dalam periuk .Kacau hingga mendidih dan pekat.Masukkan esen vanila dan mentega.
- Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau-sebagai kulit tembikai.Biarkan keras sebentar.
- Ambil sedikit sahaja warna asal,curahkan di atas warna hijau tadi dan biarkan keras sedikit.
- Adunan selebihnya di warnakan merah,curahkan di atas lapisan warna asal tadi.Taburkan potongan cincau sebagai biji tembikai.
- Sejukkan di dalam peti dan sejuk dan bolehlah di potong dan hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan