Isnin, 20 Februari 2012

BUN SOSEJ BERKEJU


Salam bahagia buat semua yang sudi membaca catatan resipiku ini....
Hari ini saya ingin kongsikan resipi Bun Sosej Berkeju yang telah di buat pada minggu lepas tetapi terlewat entri dek kesibukan dengan tugas seharian yang tak habis-habis.




BUN SOSEJ BERKEJU
Sumber:Majalah Rasa

Bahan-bahan
  • 300 gm.tepung high protein
  • 150 ml.air
  • 65 gm.gula 
  • 50 gm.marjerin
  • 15 gm.susu tepung
  • 1 paket mauripan
  • 1 biji telur
  • 6 batang sosej
  • 1 sdt.bread improver
  • 1/2 sdt.garam
  • keju parut/mayonis secukupnya












** Gambar menunjukkan roti sebelum di bakar.

Cara membuatnya
  • Panaskan oven ke suhu 180'C-200'C.
  • Satukan kesemua bahan kering-tepung high protein,susu tepung,gula,garam,bread improver dan mauripan di dalam mangkuk adunan.Gaul rata menggunakan hujung jari.
  • Kemudian masukkan telur dan air sedikit demi sedikit hingga membentuk doh dan boleh di uli.
  • Setelah itu masukkan marjerin dan uli sehingga doh menjadi lembut(10- 15min).
  • Rehatkan doh sehingga mengembang sekali ganda dari saiz asal(1/2-1 jam).Tumbukkan doh untuk mengeluarkan udara yang terperangkap.Uli doh sebentar(1 min).
  • Seterusnya bentukkan doh-ambil sedikit doh , leperkan dan di letakkan satu batang sosej dan di gulung.
  • Boleh juga di buatkan bentuk lain mengikut kreativiti sendiri.
  • Buat sampai habis dan rehatkan kembali doh roti sehingga mengembang semula.Sapukan dengan telur kuning/susu pekat manis.
  • Aturkan di atas dulang,kemudian letakkan keju parut di atasnya.Boleh juga di paipkan mayonis di atasnya.
  • Bakar roti selama 15 min.sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.
  • Bila masak simpan roti di dalam bekas bertutup atau di bawah tuala bersih supaya roti sentiasa lembut.
** Glis untuk roti
  • Telur kuning atau susu pekat manis yang di campurkan dengan sedikit air.Boleh juga di tambahkan sedikit esen vanila.
  • Saya telah menggunakan keju Mozarella parut dan almond slices untuk di taburkan di atas roti.
**Untuk mengetahui roti yang kita bakar masak sempurna,apabila di jentik dengan hujung jari ia berbunyi kosong-Chef Wan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan