Ahad, 19 Februari 2012

WUDUK

Salam bahagia buat semua,dah lama saya tak menulis perkara lain.Hari ini saya ingin menulis pasal wuduk setelah membaca mengenainya semalam .Kita kongsikan di sini sebagai pedoman sehari-hari...juga untuk pengetahuan anak-anakku.

GANJARAN WUDUK SERTA NIAT

Rasulullah SAW bersabda"barangsiapa berwuduk dengan membaguskan wuduknya maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari jemarinya"(hadis Riwayat Muslim)
Banyak hikmahnya berwuduk disertakan dengan niat kerana ia bukan sahaja berguna di dunia malah di akhirat dengan keredhaan-Nya .
  • Ketika berkumur
Berniatlah,Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".Penjelasannya,setiap hari kita bercakap perkara tidak berfaedah dan dengan niat berkenaan,semoga kita tidak lagi  memperkatakan  sesuatu yang tidak membawa kebaikan.
  • Ketika membasuh muka.
Berniatlah,"Ya Allah,putihkanlah wajahku di akhirat kelak.Janganlah kau hitamkan muka ku ini".Penjelasannya,ahli syurga,wajah mereka berseri-seri dan semoga kita tergolong di kalangan mereka.
  • Ketika membasuh tangan kanan
Berniatlah,"Ya Allah,berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini".Penjelasannya,ahli syurga diberikan hisabnya di tangan kanan.
  • Ketika membasuh tangan kiri
Berniatlah,"Ya Allah ,janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini".Penjelasannya,ahli neraka diberikan hisabnya di tangan kiri.
  • Ketika membasuh kepala
Berniatlah,"berniatlah,Ya Allah ,lindungilah aku daripada panas terik matahari di Padang Mahsyar dengan Arasy-Mu".Penjelasannya,panas di Padang Mahsyar seperti matahari sejengkal di atas kepala.
  • Ketika membasuh telinga
Berniatlah,Ya Allah,ampunilah dosa telingaku ini".Penjelasannya,setiap hari kita mendengar orang mengumpat ,memfitnah dan lain-lain perkataan buruk.
  • Ketika membasuh kaki kanan
Berniatlah,"Ya Allah,permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim".Penjelasannya,ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
  • Ketika membasuh kaki kiri.
Berniatlah,"Ya Allah, bawakanlah aku pergi ke masjid,surau dan bukan tempat maksiat".Penjelasannya,qada dan qadar kita di tangan Allah SWT.
Sumber:Harian Metro 
Gambar:Google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan