Salam bahagia buat semua....Tauhu yang di masak cara begini rasanya amat sedap sekali pada selera saya.Terimakasih kepada pemilik Blog Sinaran Menu iaitu Puan Ros kerana sudi berkongsi resipinya disini.Walaupun terpaksa menunggu selama 2 jam setengah untuk uploadkan gambar ini.Kenapalah line internet lambat pula hari ini,selalunya tiada masalah.Saya letak banyak gambar macam selalu supaya penonton dapat merasa kesedapannya.
Cerita tentangnya.....

JEJARI TAUHU
Sumber:sinaranmenu.blogspot.com .thanks
Bahan-bahan
- 4 keping tauhu pejal
- 150 gm.daging cincang
- 2 biji telur A
- 2 sdb.tepung potato
- 1/2 biji karot-parut halus
- 2 pokok daun parsli-potong halus
- 1/2 biji bawang besar-potong dadu
- garam,gula dan lada sulah secukup rasa.
- 1/2 biji cili merah-potong halus
- minyak utk.menggoreng
Cara membuatnya
- Panaskan pengukus terlebih dahulu.
- Ramaskan tauhu sehingga hancur di dalam mangkuk kemudian campurkan dengan semua bahan-bahan lain.
- Gaulkan semuanya hingga sebati dan secukup rasa.
- Masukkan ke dalam bekas yang sesuai untuk mengukus.Buat potongan memanjang seperti jejari di atas adunan tauhu .
- Bila air mendidih,masukkan adunan tauhu dan kukus selama 20-25 min.
- Angkat dan sejukkan.Boleh di simpan sehari di dalam peti ais selepas dikukus untuk memudahkan kerja memotong tauhu ke saiz lebih kecil.
- Jejari tauhu di golekkan di dalam tepung potato dan di goreng secara deep fry sehingga garing.
- Sedap di makan bersama sos pilihan.
**Saya menggantikan daun parsli dengan daun sup/bawang dan taugeh.

C
Tiada ulasan:
Catat Ulasan