Isnin, 27 Februari 2012

KENAPA PERLU MEMBUAT ROTI SENDIRI




Roti sudah menjadi makanan asas sejak dahulu lagi. Bertahun-tahun lamanya, aktiviti membakar roti adalah sesuatu yang biasa bagi sesetengah rumah. Akan tetapi, ramai juga yang tidak tahu langsung bagaimana membuat roti walaupun gemar memakannya.

Jika anda berminat dengan roti yang tidak mempunyai bahan pengawet seperti yang dikeluarkan dari kilang, berita baiknya ialah membuat roti adalah sangat mudah. Ada beberapa perkara asas untuk dipelajari dan prinsip untuk
difahami, namun selalunya membuat roti adalah senang dan menyeronokkan.

Kenapa perlu membakar roti sendiri:
  • Roti yang dibuat sendiri adalah lebih berkhasiat dan memuaskan berbanding yang dibuat di kilang. Jika dibandingkan keduanya, anda akan lihat bahawa kebanyakan roti yang dijual tidak padat.
  • Satu perkara yang tidak dapat dibeli ialah apabila anda dapat merasa kesegaran roti panas yang baru keluar dari ketuhar, apabila mentega sedang mencair. Ini adalah satu pengalaman yang hanya dapat dirasai di rumah apabila membuat roti sendiri.
  • Asalkan anda ada tepung, garam, dan yis di rumah, anda sudah boleh membuat roti sendiri. Semua bahan-bahan ini dijual dengan murah. Fikirkan, berapa kali anda ke kedai runcit semata-mata untuk membeli roti.
  • Menguli doh roti dengan tangan merupakan salah satu aktiviti meditasi yang membuatkan anda lupa tentang hal duniawi seketika. Ramai yang mempunyai jadual yang sibuk seharian. Membuat roti adalah salah satu cara untuk melupakan semuanya dan fokus kepada satu perkara yang ringkas dan mudah.
  • Apabila anda memegang doh di tangan, anda tahu bahawa yisnya ’hidup dan bernafas’ di dalamnya. Anda akan diseliputi tenaga kreatif. Anda sedang membuat sesuatu untuk dimakan. 
  •  Anda akan dikagumi ramai kerana membuat roti sendiri. 
  • Sandwich adalah lebih sedap jika menggunakan roti yang dibuat sendiri. Malah anda juga akan merasa lebih kenyang. 
  • Anda akan merasa lebih bebas kerana mengetahui bahawa anda tidak perlu bergantung kepada kilang roti untuk setiap keping.

        • Membuat roti bukan sahaja boleh menjadi aktiviti menyeronokkan untuk dilakukan berama ahli keluarga, malah kosnya sangat rendah.

        • Anda boleh mencari resepi dari budaya berlainan atau anda boleh lebih mengenali tradisi anda sendiri. Ini kerana terdapat berbagai jenis roti di serata dunia bergantung kepada budaya tersendiri.
        Tidak ramai yang mempunyai masa untuk membuat roti sendiri. Akan tetapi, tidak mustahil untuk kita mempelajari cara membuatnya dan mengambil sedikit masa untuk membuat roti sekali- sekala. Membuat roti adalah cara terbaik untuk mendalamkan kefahaman tentang makanan anda.
        sumber:Trymasak-Artikel

        Tiada ulasan:

        Catat Ulasan