style="text-align: center"

Sabtu, 11 Februari 2012

KEK CAWAN COKLAT

 
Salam bahagia buat semua ....
Kek cawan coklatku berpeluh-peluh sebab penat sangat menjadi model untuk kamera.Sebenarnya ia baru saja di keluarkan dari peti sejuk.Di tengah-tengah kedinginan tu, terus saja kena tangkap gambar.Toppingnya di letakkan sedikit aising buttercream coffee di tengahnya dan di parutkan dengan coklat di atasnya.

KEK CAWAN COKLAT
Sumber:Majalah Keluarga

Bahan-bahan
  • 250 gm.mentega
  • 100 gm.gula kastor
  • 5 biji telur
  • 250 gm .tepung naik sendiri
  • 2 sdb.coklat emulco
  • 1 sdt.esen vanila
Cara membuatnya
  • Panaskan oven .Ayak tepung naik sendiri.
  • Pukul  mentega dan gula kastor hingga kembang dan halus.
  • Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang dan gebu.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata adunan kek.
  • Masukkan coklat emulco dan esen vanila  dan gaul sebati
  • Tuangkan adunan kek ke dalam acuan kek cawan yang telah di sediakan .
  • Bakar pada suhu 160'C selama 20-30 min. atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.
  • Bila masak sejukkan dahulu barulah di letakkan topping yang di sukai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan