Sabtu, 11 Februari 2012

KISMIS

Kecil,manis serta berwarna hitam,coklat atau merah.Begitulah rupa kismis.Biarpun saiznya kecil,namun manfaatnya cukup besar sehinggakan Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah bersabda,"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi,maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
Nyata kismis makanan istimewa yang mempunyai banyak kelebihannya.Ia tidak hanya enak di jadikan kudapan ringan tetapi juga turut di campur ke dalam makanan seperti kek,biskut ,roti,puding,salad atau makanan lain.Meskipun begitu ia tidak di syorkan di ambil dalam kuantiti yang banyak kerana mengandungi  gula yang tinggi biarpun hakikatnya ia memiliki banyak manfaatnya terutama untuk kesihatan-mengandungi sehingga 20 jenis zat kesihatan.
Istimewanya kismis dapat menyediakan keperluan gula dalam kuantiti yang banyak(60 peratus) dan cepat untuk meningkatkan daya pemikiran otak dan menguatkan memori.
Berdasarkan sejarah,makanan yang di percayai baik untuk minda kanak-kanak ini di buat daripada anggur hitam dan berasal dari yunani.
Sumber:Majalah Harmoni
Gambar:Cik Google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan