Ahad, 18 Mac 2012

NASI IMPIT GORENG


Salam bahagia buat semua...

Nasi Impit Goreng yang pada kali pertama cuba membuatnya ,ia sesuai di tekak saya .Cerita tentangnya...
Ia tidak boleh terus di goreng selepas selesai merebusnya kerana akan hancur.Kena biarkan semalaman di dalam peti ais supaya agak keras sedikit .

Gambar yang di ambil tergabung dari tiga minat saya iaitu masakan,suasana semulajadi yang hijau dan fotografi.Sebab itulah blog saya meriah dan serabut dengan gambar-gambar.....asalkan diriku bahagiaaaaa.....

NASI IMPIT GORENG
Sumber:dari dapur

Bahan-bahan
  • 2 paket besar nasi impit(pek 6)
  • 2 sdb.cili kering kisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  •  2sdb.sos cili thai
  • 1 sdb.sos tomato
  • 2 sdb.sos tiram
  • 1/2 sdk.serbuk lada hitam
  • 1/2 cawan ikan bilis halus
  • 1/2 paket daging/ayam cincang
  • garam/gula secukup rasa
Cara membuatnya
  • Rebuskan nasi impit dan simpan di dalam peti ais semalaman.Elok di sediakan sehari awal.
  • Potong dadu nasi impit dan ketepikan.
  • Tumbukkan bawang merah dan bawang putih bersama-sama hingga halus.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik baunya.
  • Masukkan cili kisar dan biarkan hingga cili masak ,barulah di masukkan kesemua sos.
  • Masukkan daging/ayam cincang dan goreng sebentar hingga daging/ ayam masak ,barulah di masukkan ikan bilis.
  • Masukkan nasi impit dadu dan gaulkan biar rata.Tambahkan serbuk lada hitam.
  • Akhir sekali masukkan garam/gula atau perasa pilihan masing-masing.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan