TAUHU BUNGKUS
Sumber:sinaranmenu.blogspot.com/
Kepada Puan Ros...
Terimakasih kerana sudi berkongsi resipi ini.Saya ingin kongsikan di blog ini pula kerana anak-anak saya begitu sukakannya.Misi saya telah berjaya untuk membuatkan mereka memakan tauhu!!..
Bahan-bahan
- 6 keping tauhu
- 1/2 biji timun
- taugeh
- 2 biji cili padi
- 1 tangkai daun bawang
Bahan tepung
- 2 biji telur
- 90 gram tepung goreng serba guna Adabi
- 50 gram bread crumb
- Air secukupnya
- Minyak untuk deep fry
Cara membuatnya
- Tauhu digoreng hingga kuning dan sejukkan.Kemudian potong 2 menjadi bentuk triangle.
- Buat slit ditengah untuk dimasukkan inti.
- Timun dipotong halus.Rendam taugeh dalam air panas selama 3- 4 minit dan toskan.Potong cili padi dan daun bawang.Campurkan semua bahan sayur.
- Masukkan hirisan sayur tadi kedalam tauhu.Ketepikan.
- Didalam mangkuk campurkan tepung goreng adabi,bread crumb dan telur.Masukkan air sedikit demi sedikit dan bancuh sampai bancuhan nampak tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat .
- Celupkan tauhu tadi kedalam tepung bancuhan dan goreng hingga garing dengan api sederhana.(lakukan perlahan-lahan semasa mencelup supaya inti tak terkeluar).
- Hidang bersama thai cili sos.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan