style="text-align: center"

Selasa, 1 Mei 2012

BISKUT NESTUM


Salam bahagia buat semua...

Hari ini saya nak entrikan satu lagi resipi biskut yang telah di buat sebelum ini.Kalau mengikut resipi yang di berikan adunan nya agak lembik jadi saya telah menerapnya di dalam acuan biskut dahlia maka dapatlah bentuk yang berbunga-bunga.
Resipi ini dapat dari majalah,macam biasalah kena adjust sikit adunannya.
BISKUT NESTUM
Sumber:Majalah Mingguan Wanita 2008

Bahan-bahan
  • 125 gm.mentega
  • 125 gm.nestum
  • 185 gm.tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 2 biji telur
  • 1 sdt.esen vanila
Cara membuatnya
  • Panaskan oven dan ayak  tepung naik sendiri dan ketepikan
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang.Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  • Nasukkan tepung dan gaul rata kemudian barulah di masukkan nestum.
  • Gaulkan adunan hingga lembut dan sesuaikan adunan iaitu jika terlalu lembik bolehlah di tambahkan sedikit tepung jagung atau tepung gandum.
  • Terapkan atau canaikan mengikut kreativiti sendiri.Aturkan di dalam loyang biskut yang telah berlengserkan mentega dan bakar pada suhu 160'C sehingga masak.
  • Bila masak, sejukkan di atas redai biskut dan bolehlah di simpan di dalam bekas kedap udara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan