style="text-align: center"

Rabu, 9 Mei 2012

JUS TEMBIKAI

Selamat petang dan selamat beristirehat buat semua...
Hari ini terasa bahang yang begitu panas sekali.Sesiapa pun akan rasa panas bila di tuduh melakukan perkara yang tidak di maksudkannya .Itulah manusia yang cetek fikirannya ,tak fikir panjang kalau nak berkata... (termasuk saya sendiri).Bukannya nak melepaskan perasaaaang disini,cuma nak meredakan sedikit 'tekanangggg'.Dah okey pun..wink!wink!.
Daripada dok layan emosi,balik kerja ,buat Jus tembikai laici penghilang dahaga dan penghilang panas badan.Elok sangatlah tu.Masalah tadi..dah tinggal kat dalam kereta!.

JUS TEMBIKAI LAICI
Sumber:dari dapur sendiri

Bahan-bahan
  • beberapa potong buah tembikai merah
  • beberapa ketul ais kiub 
  • susu pekat manis secukupnya 
  • sirap laici dari buah laici tin
Cara membuatnya 
  • Masukkan buah tembikai yang di potong kecil-kecil kedalam pengisar bersama susu pekat manis dan sirap laici.
  • Kisarkan hingga menjadi jus.
  • Masukkan ke dalam gelas tinggi dan tambahkan beberapa ketul ais kiub.
  • Letakkan tembikai yang di potong dadu di atasnya sebagai hiasan dan juga buah laici.
  • Boleh juga di tambahkan satu scoop aiskrim vanila.Lagi bertambah sedap.Sejukkan dan bolehlah di hidangkan.                                                                            

Tiada ulasan:

Catat Ulasan