style="text-align: center"

Rabu, 9 Mei 2012

APAM PISANG



Selamat berbahagia buat semua..
Tanda-tanda kebahagiaan,
Tiap bertambah ilmunya,bertambah pula rendah hatinya.
Tiap bertambah amalnya,bertambah pula takutnya kepada Allah.
Tiap bertambah umurnya,beransur kurang lobanya terhadap keduniaan.
Tiap bertambah harta dan kekayaannya,bertambah pula pemurahnya.
tiap bertambah pangkat dan kedudukannya,bertambah dekatnya pada orang banyak-share from facebook(Cikgu Bushra)
Buat Apam pisang ni pun boleh mengundang bahagia juga.. sebabnya ,I am having my sweet time in the kitchen!.

APAM PISANG KUKUS
Sumber : Resipidiana.Tq..

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 8 biji pisang emas -sederhana besar
  • 3/4 cawan mentega- dicairkan dan disejukkan/minyak masak/minyak jagung
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 cawan gula
  • secubit garam
Cara membuatnya
  • Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
  • Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
  • Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
  • Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana.
Nota
Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu dan tutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh ke atas permukaan kuih.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan