Salam bahagia buat semua..
Sudah dua hari saya tidak menulis blog kerana mengikut/menemankan kawan-kawan menyudahkan Projek Kumpulan Inovatif Kreatif(KIK).Pulang lewat membuat badan jadi tersangatlah letihnya dah tak larat lagi nak menulis blog.
Hari ini projek kumpulan kami telah di persembahkan dan semuanya sudah selesai.Terimakasih semua ..kerana berjaya menyiapkan projek ini akhirnya terutama pada kedua-dua bos kita iaitu Puan Roseliza dan Puan Wahida.Juga pada kawan-kawan..Naja,Pija,Ema dan Kema.Terimakasih di atas segalanya...

Hari ini saya ingin kongsikan di sini satu lagi resipi nenas yang pernah saya buat iaitu Nenas rangup bersama Sos karamel.
NENAS RANGUP dengan SOS KARAMEL
Sumber:daridapursuzana
Bahan-bahan
- 2 keping nenas-potong 6
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung beras
- beberapa ketul ais
- air
- sedikit garam/gula
- 3 sudu besar gula
- minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya
Sediakan karamel
- Masukkan 3 sudu besar gula di dalam kuali tidak melekat dan tunggu sehingga gula cair sepenuhnya menjadi karamel.
- Padamkan api dan masukkan 5 sudu besar air panas.Buka semula api dan biarkan karamel larut sepenuhnya.Sejukkan.
- Campurkan tepung gandum,tepung beras,ais,air,garam dan gula di dalam mangkuk.Adunan batter tidak boleh terlalu cair atau terlalu pekat.Tambahkan air ikut kesesuaian adunan.
- Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali.Celupkan nenas di dalam adunan batter dan gorengkan di dalam minyak yang panas sehingga garing.
- Gorengkan kepingan nenas sehingga habis.
- Siramkan sos karamel di atas nenas tadi.Sedia untuk di makan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan