Isnin, 7 Mei 2012

PUDING KARAMEL TANPA TELUR


Salam bahagia buat semua...

Puding karamel tanpa telur yang sedap di makan sejuk-sejuk.Sangat sesuai untuk di letakkan dalam peti sejuk.Balik kerja buka saja peti ais ,yeaaaa.... ada puding !!!sapa yang buat?saya sendiri juga.

PUDING KARAMEL TANPA TELUR
Sumber:fira syira@my resipi

Bahan A(karamel)
  • 2 sudu besar gula-
Cairkan di dalam non- stick pan dan masukkan dalam acuan.Biarkan ia mengeras.Ketepikan.

Bahan B
  • 1 bungkus agar-agar serbuk
  • 4 cawan air
  • 2 1/2 sudu besar gula pasir(ikut manis masing-masing)
Bahan C
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya
  • Dalam periuk,didihkan bahan B.Kecilkan api,kemudian masukkan bahan C.
  • Kacau rata hingga mendidih atau sehingga adunan kelihatan likat.
  • Matikan api dan tuangkan ke dalam loyang/acuan yang berisi karamel tadi.
  • Bekukan di dalam peti ais.Bila ia mengeras bolehlah di potong dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan