Isnin, 7 Mei 2012

SIMPLE APPLE PIE























Salam bahagia buat semua yang di ingati....
Dulu -dulu tak berapa suka buat Apple pie sebab tak suka buat kulitnya(pastri).Sekarang ni semuanya jadi cukup mudah  dan cepat dengan adanya puff pastri ready-made...macam bunyi ayat iklan aje!!.Resipinya dari blog Tiffin biru.Simple Apple Pie ni saya buat dengan menggunakan puff pastri.Sungguh rapuh dan sedap sangat.He...he tak pernah lagi setiap entri cakap tak sedap .Semuanya sedap-sedap dan indah belaka!!.Selamat mencuba,confirm sedap.
SIMPLE APPLE PIE
Sumber:Blog.Tiffin Biru.Tq En.Mat!


Bahan-bahan
  • 2 biji epal hijau-kupas kulit dan dadu kecil
  • 1/4 cawan kismis
  • 2 1/2 sdb.gula perang
  • 1 sdt.perahan jus lemon
  • 50 gm.mentega
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3/4 sdb.tepung jagung
  • secubit garam
Bahan
Puff pastri secukupnya(saiz 4 inc.)
telur campur 1/2 sdt.esen vanila-kacau rata

Cara membuatnya

Untuk inti epal
  • Panaskan mentega dalam periuk/non-stick pan.
  • Goreng epal tadi bersama kismis,kulit kayu manis dan gula perang hingga sebati dan gula larut.
  • Masak hingga epal lembut.Tambah tepung jagung dan jus lemon.Kacau hingga pekat.
  • Padamkan api dan ketepikan.Bila hilang wap panas,simpan dalam peti sejuk hingga dingin dan pekat.
Untuk Simple apple pie
  • Ambil sekeping kulit puff pastri,kerat dua dan satu lagi di kelar-kelar.
  • Letak inti anggaran 1 sdb. di bahagian tengah pastri yang tidak berkelar.
  • Kemudian tutup dengan bahagian satu lagi.Kemaskan dan tekan dengan garfu di sekeliling puff.
  • Buat kaedah sama untuk baki puff pastri
  • Sapu kuning telur pada permukaan pastri.
  • Bakar dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 190'C selama 25 min, atau sehingga warnanya kuning keemasan.
  • Sejukkan di atas jaringan sebelum di hidangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan