style="text-align: center"

Jumaat, 4 Mei 2012

FAMOUS AMOS CHOCOLATE CHIPS COOKIES


Salam bahagia buat semua...
Biskut ini amat sedap dan rangup sekali.Saya telah mengurangkan separuh dari sukatan gula yang tercatat di dalam resipinya.Itupun masih lagi terasa manisnya pada tekak saya.Tengok budak-budak makan biasa saja ,tak ada pula dia orang cakap manis.
Saya telah menambahkan nestum dan tepung jagung kedalam adunannya untuk menjadikannya keras sedikit.Di sini saya catatkan resipinya yang sebenar.
Apapun terimakasih pada penyumbang resipi.Kalau tak buat sendiri bila agaknya saya dapat makan biskut yang tersohor ini.Eventhough it just not like the real one,but for me,this is the best !!.

FAMOUS AMOS CHOCOLATE CHIPS COOKIES
Sumber:Syari@my resipi.com.Tq!
Bahan A
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sdb.susu segar
  • 1 sdt.esen vanila
Bahan B
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sdt.garam
  • 1 sdt.cream of tartar
  • 1 sdt.soda bikarbonat
*bahan-bahan di atas ayak dalam satu bekas

Bahan C
  • 1/2 cawan walnut cincang
  • 2 cawan semi-sweet chocolate chips
    Cara membuatnya
  • Pukul bahan A sehingga sebati.
  • masukkan bahan B,bahan C ,tepung jagung dan nestum jika menggunakannya.Gaul rata dengan senduk kayu/spatula.
  • Sudukandi atas loyang pembakar dan jarakkan jauh sedikit kerana adunannya agak lembik dan akan merebak sedikit semasa membakarnya.
  • Bakar dalam suhu 175'Cselama 15-20 min.bergantung pada oven masing-masing atau sehingga tepi-tepi biskut kelihatan keperangan.
  • Bila masak sejukkan sebentar dan bolehlah di simpan di dalam bekas kedap udara.

2 ulasan:

  1. Kalau tambah tepung jagung, tmbh bnyk mane? tepung gandum tu kurangkn tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tepung jagung atau tepung gandum boleh di tambah tidak mengikut sukatan.anda kena agak saja.kalau ikut betul-betul sukatan di atas ,adunanyanya lembik sedikit.

      Padam