Selasa, 8 Mei 2012

TERUNG TUMIS ISI IKAN


Salam bahagia buat semua...

Saya masak Terung tumis isi ikan untuk mempelbagaikan resipi terung.Sayur terung selalu saja ada dalam peti sejuk kerana saudara kami di kampung ada tanam sayur terung .Pastinya tiap-tiap minggu ada sayur terung yang di petiknya untuk di berikan kepada kami.Resipi yang selalu di buat adalah terung masak lemak,terung bakar atau di celur sahaja untuk di makan bersama ikan bakar dan budu.
Resipi terung pada kali ini adalah Terung tumis isi ikan.


TERUNG TUMIS ISI IKAN
Sumber:dari dapur sendiri

Bahan-bahan(3 orang makan)
  • 2 ekor ikan kembung rebus-ambil isinya
  • 4 biji terung-potong bulat
  • beberapa biji cili padi-hiris kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1/2 labu bawang besar-potong nipis
  • sos ikan
 Cara membuatnya
  • Tumbuk bawang merah dan bawang putih dan tumiskan hingga naik baunya.
  • Tambahkan isi ikan dan goreng sebentar.
  • Masukkan terung yang telah di potong dan bawang besar serta masukkan sedikit air.
  • Goreng hingga terung agak lembut dan gaulkan sebati serta tambahkan sos ikan secukup rasa dan cili padi.
  • Jika ikan rebus sudah masin tidak perlu di gunakan sos ikan lagi.
  • Bila masak,bolehlah di hidangkan bersama nasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan