style="text-align: center"

Selasa, 8 Mei 2012

PEANUT BUTTER COOKIES



BISKUT MENTEGA KACANG
Sumber:Kak Cik/recipes.thanks

Bahan-bahan
  • 300 gm. mentega kacang
  • 250 gm. marjerin
  • 185 gm gula kastor
  • 185. gm gula perang
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 350 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat                                 

 Cara membuatnya
  • Pukul mentega kacang, marjerin, gula kastor dan gula perang sehingga kembang. 
  • Masukkan telur dan esen vanilla. 
  • Campurkan tepung,soda bikarbonat dan baking powder ke dalam adunan mentega kacang tadi. 
  • Bentukkan doh menjadi bulat sebesar ibu jari dan letakkan di dalam loyang pembakar. 
  • Jarakkan setiap doh.Gunakan garfu yang telah dicelupkan ke dalam tepung dan lakarkan di atas doh tadi untuk meleperkannya.
  •  Bakar di dalam oven dengan suhu 175'C atau selama 15-20 minit sehinga keperang-perangan. 
  • Angkat dan biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan