style="text-align: center"

Ahad, 24 Jun 2012

BANANA CARAMEL YOGURT


























Salam bahagia buat semua....

Satu lagi dessert yang sedap di makan sejuk-sejuk dari dapur saya.Banyak pisang kat dapur tiada siapa yang makan dan sudah betul-betul masak.
Kena proses dulu harap-harap bila letak dalam peti sejuk akan ada orang yang berkenan nanti.Tak lain tak bukan tentulah saya sendiri yang tukang makannya.Mari kita tengok resipinya..

BANANA KARAMEL YOGURT
Sumber:daridapursuzana
 
Bahan-bahan

  • 5 bii pisang masak
  • 1 bekas yogurt(perisa pilihan)
  • karamel 
  • kacang tanah tumbuk-untuk tabur
Cara buat karamel
  • Panaskan 2 sudu besar gula di dalam non-stick pan sampai gula cair.
  • Masukkan 3 sudu besar air panas secara perlahan-lahan dan biarkan karamel larut sebentar.
  • Padamkan api dan sejukkan.
Cara menyediakan dessert
  • Aturkan pisang di dalam bekas yang sesuai dan curahkan karamel di atas pisang tadi.
  • Letakkan yogurt di atas pisang(saya guna yogurt blueberry) dan taburkan kacang tanah tumbuk.
  • Sejukkan di dalam peti ais sebelum di makan.
                                                                  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan