Jumaat, 15 Jun 2012

BUTTER COOKIES


Salam bahagia buat semua..

Biskut mentega ini resipinya dari Chef Randy Kek dari The Zone Regency Hotel Johor Bharu yang tersiar di dalam Majalah Saji Ogos 2010.Boleh di cuba sebab ia sangat rangup dan tidak terlalu manis.

BISKUT MENTEGA
Sumber:Majalah Saji

Bahan-bahan
  • 350 gm.tepung serba guna
  • 250 gm.mentega
  • 125 gm.gula aising
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil serbuk penaik


Cara membuatnya
  • Satukan mentega dan gula aising di dalam bekas.Pukul sebati.
  • Masukkan telur satu persatu,kemudian masukkan pula tepung serba guna,esen vanila dan serbuk penaik.Gaul sebati.
  • Masukkan doh ke dalam beg piping,gunakan nozel berbentuk bintang
  • Paipkan mengikut kreativiti anda ke atas dulang pembakar yang sudah di lengserkan .
  • Bakar pada suhu 180'C selama 15-20 min.bergantung pada oven masing-masing.
  • Bila sudah masak,sejukkan sebentar sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan