Khamis, 14 Jun 2012

SOTONG BAKAR BERKUAH SANTAN



Salam bahagia buat semua..
Khamis,hari ini saya bercuti..off day cuma sehari sahaja.Tapi tak apa la sehari pun,1'm having my sweet time in the kitchen again!.Sebab dah lama tak buat baking class,saya rasa nak buat semua resipi dari my waiting list.Tapi apakan daya dari pukul 9 pagi sampai 1 tengahari,saya cuma dapat buat 2 biji Kek coklat ganache,4 biji roti piza,4 biji bun sosej.Letihyaaaa... ,sapa nak makan tu?.Sebenarnya saya buat stok untuk hari Jumaat dan Sabtu keesokan harinya-untuk 3 orang budak yang sedang membesar tu dan sebiji  kek untuk di beri kepada anak saudara sempena hari jadinya.
Di kesempatan ini juga saya ingin berkongsi resipi Sotong bakar yang biasa En.Z makan.One of the favourite dish from my MIL..saya tak kisah,belajar saja cara membuatnya jika itu yang dia mahu makan.

SOTONG BAKAR BERKUAH SANTAN
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 2 ekor sotong saiz besar
  • serbuk kunyit dan serbuk lada hitam
  • 1 kotak kecil santan 
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 cm.halia
  • 4 batang serai 
  • 2 biji lada kering
  • 1 keping asam keping
  • garam/gula secukup rasa
Cara membuatnya
  • Bersihkan sotong,perapkan dengan sedikit serbuk lada hitam dan serbuk kunyit.
  • Biarkan seketika ,kemudian bakar sotong(saya guna dapur arang) hingga separuh masak(kalau masak sangat ia akan liat).
  • Bila sotong masak,sejukkan sedikit kemudian di potong kecil-kecil dan di letakkan di dalam pinggan.
  • Sementara itu,kisarkan bawang merah,bawang putih,lada kering dan halia bersama sedikit air hingga halus.
  • Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan tambahkan santan,serai yang di titik,asam keping dan sedikit air.
  • Masak dengan api sederhana sambil di kacau supaya santan tidak berketul.
  • Bila kuah santan hampir mendidih,masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa yang di inginkan.
  • Masak sampai sedikit pekat dan bolehlah di angkat.Hidangkan kuah santan bersama sotong bakar tadi. 
**Di dalam kebanyakkan masakan, saya hanya menggunakan garam dan gula serta serbuk lada hitam sebagai perasa .Boleh di tambahkan serbuk perasa pilihan sendiri ke dalam masakan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan