Jumaat, 15 Jun 2012

JEMPUT-JEMPUT BILIS OAT


 Salam bahagia buat semua,semoga di limpahi rahmat dari- NYA...


JEMPUT-JEMPUT BILIS OAT
Sumber:Engineers loves cooking

Bahan-bahan
  • 250 gm.tepung gandum
  • 1 labu bawang besar-potong dadu
  • 1 biji kentang-potong dadu
  • 1 biji telur
  • 1/4 sudu kecil baking powder
  • 50 gm.ikan bilis
  • 100 gm .oat(optional)
  • garam/gula/air secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya
  • Campurkan kentang ,bawangbesar ,tepung gandum,garam,gula, telur,baking powder dengan air yang di tambah sedikit-sedikit.
  • Masukkan oat dan ikan bilis,gaul adunan sehingga sebati.
  • Panaskan minyak untuk menggoreng.
  • Gunakan sudu dan ceduk adunan dan diletakkan ke dalam minyak dan goreng hingga warna jadi perang(minyak tidak boleh terlalu panas ).
  • Setelah agak garing,angkat dan toskan minyak dan bolehlah di makan bersama sos pilihan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan