Ahad, 17 Jun 2012

SAYUR LEMAK PETOLA ISI IKAN


Salam bahagia buat teman-teman...
Sayur petola ular ini biasanya di masak lemak putih.Tak letak kat tajuk utama di atas sebab ada perkataan ular tu!!kuah sayur biasanya di letakkan sedikit isi ikan dan lada hitam.Itulah sayur yang selalu saya makan masa'muda-muda' dulu!.
Hari selasa lepas ,saya masak Sayur Petola Ular tapi kali ini di sumbatkan pula isi ikan di tengah-tengah sayur dan di masak seperti biasa.
Resipinya....
SAYUR PETOLA ULAR ISI IKAN
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 3 batang sayur petola ular saiz kecil-potong sepanjang 2 inci dan buang bijinya di tengah.
  • isi ikan tenggiri secukupnya(atau apa-apa ikan pilihan)
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 ekor ikan-rebus sebentar dan ambil isinya.
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 sudu teh biji lada hitam
  • garam/gula secukupnya
  • 1 biji cili api
Cara membuatnya
  • Sumbatkan isi ikan ke dalam sayur petola hingga penuh dan ketepikan.
  • Tumbuk bawang merah ,biji lada hitam dan isi ikan sehingga lumat.
  • Masukkan santan dan tambahkan air secukupnyake dalam periuk.
  • Tambahkan bahan tumbuk dan cili padi dan kacau rata.Bila mula mendidih,masukkan sayur petola ular yang telah di sumbat ikan tadi dan kacau sebati.
  • Bila mula mendidih,masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.
##sayur ini kurang rasa lemaknya dan agak kurang pekat kerana saya menggunakan santan kotak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan