style="text-align: center"

Ahad, 10 Jun 2012

SAMBAL JANTUNG PISANG

Salam bahagia buat semua...
Sambal jantung pisang.Di Kelantan ia di panggil Teresek .

TERESEK JANTUNG PISANG
Sumber:Makcik manggis.blogspot
Bahan-bahan
  • 1 biji jantung pisang-ambil yang lembut dan potong nipis
  • 5 ulas bawang merah.
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia.
  • 5 tangkai cili kering
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup.
  • 1 sudu besar biji ketumbar-goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar.
  • 1 sudu besar budu
  • 1 keping asam gelugur.
  • 6-7 batang kaki ayam-potong kecil
  • 3 ketul   pedal ayam -potong kecil
  • 2 ketul  hati ayam -potong kecil
  • Sedikit isi ayam -potong kecil.
  • 1 cawan santan pekat.
  • 2 sudu besar kerisik
  • garam secukup rasa.
  • Gula melaka/gula secukupnya.
Cara membuatnya
  • Cili kering,bawang merah,bawang putih,halia,lengkuas dan kunyit di kisar halus.
  • Masukkan semua bahan-bahan lain kedalam periuk bersama bahagian ayam dan sedikt air.
  • Bila ayam hampir masak,masukkan santan dan budu(jika suka).
  • Masak hingga kuahnya pekat dengan api sederhana.Sesuaikankan garam dan gulanya agar seimbang.
  • Sedap dimakan bersama nasi putih dan ikan masin.

2 ulasan:

  1. terliur betul tgk smbal ni...agknya klu kering ckit terus jadi teresek...

    BalasPadam
  2. hee..he saya suka yang berkuah!

    BalasPadam