style="text-align: center"

Isnin, 11 Jun 2012

PENGAT NANGKA BERSAGU


Salam bahagia di angin lalu....
Sudah lama saya tidak membuat pengat sebab di rumah ini jarang masak makanan bersantan.Ada sekali tu Auntie Murni kat rumah sebelah bagi buah nangka yang ulas-ulasnya besar sekali.Saya buat pengat nangka yang di campur dengan sagu dan di makan dengan kepingan kecil roti bakaryang di sapu mentega.Enaknya!.Masak pengat dengan mengunakan santan kotak, ia tidaklah berlemak sangat.


PENGAT NANGKA BERSAGU
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 10 ulas nangka-dipotong memanjang
  • 3 keping gula melaka
  • 2 kotak kecil santan
  • 1/2 cawan sagu-di rebus hingga masak
  • gula -sukatan sendiri
  • sedikit garam
  • 3 helai daun pandan
Cara membuatnya
  • Masukkan santan ,gula melaka dan gula kedalam periuk dan tambahkan air ikut kepekatan yang di ingini .
  • Tambahkan daun pandan dan masak hingga gula melaka larut.
  • Bila kuah pengat mula mendidih,masukkan buah nangka dan kacau sekali-sekala.
  • Biarkan kuah sekejap hingga hampir mendidih sekali lagi.Masukkan sagu dan sedikit garam, kacau sebati dan bolehlah di angkat.
  • Sedap di makan sejuk. 

2 ulasan:

  1. sedapnya kalau makan sejuk2 ker...terliur ngn nangka...

    BalasPadam
  2. sedap la bagi saya yang tak suka makan nangka,tapi bila di buat pengat saya jadi suka makan nangka.

    BalasPadam