style="text-align: center"

Isnin, 11 Jun 2012

MOZARELLA BUN

As-Salam buat semua...

Saya membuat roti ini yang mengunakan doh roti dari Za-Journal rasa.Ia di taburkan keju mozarella di atasnya dan adalah roti manis yang di letakkan inti kaya di dalamnya, sedap di makan bersama air teh atau air nescafe.

ROTI MOZARELLA
Sumber:ummizaihadi-homesweethome.blogspot dari Za-Journal rasa.tq

Bahan-bahan
  • 140 ml.air suam
  • 300 gm.tepung pau(guna tepung roti)
  • 40 gula kastor
  • 1 1/2 sudu teh yis
  • 1 sudu teh bread improver
  • 1 sudu teh bread softener
  • 1/2 biji telur ayam(guna 1 biji gred C)
  • 30 gm.mentega -suhu bilik 
  • 1 sudu garam(guna 1/2 sudu teh)
Filling(guna kaya filling)
  • mentega-potong kiub semasa sejuk
  • sedikit gula kastor- untuk tabur
  • keju mozarella parut-untuk tabur
Cara membuatnya
  • Campurkan semua bahan kering kecuali telur dan mentega.
  • Bancuh yis dengan air suam dan tuangkan ke dalam adunan kering tadi.
  • Uli sebati dan masukkan mentega.
  • Uli lagi sehingga mendapat doh yang tidak melekat di dalam mangkuk adunan
  • Bulatkan dan tutup dengan plastik cling wrap.
  • Biarkan doh naik sehingga dua kali ganda.(lebih kurang 1 jam lebih).
  • Bila doh sudah naik,keluarkan dan tumbuk untuk mengeluarkan udara yang terperangkap.
  • Bahagikan doh kepada ketulan kecil(lebih kurang 50 gm,)setiap satu.Bulatkan dan isi mentega yang di potong kiub tadi.Buat sehingga habis.
  • Susunkan dan biarkan selama 1/2 jam hingga doh naik sekali lagi.
  • Sapukan mentega di atasnya dan bakar sehingga masak(lebih kurang 15-20 min.)
  • Selepas 20 min.keluarkan roti dari oven dan taburkan keju mozarella parut dan gula kastor.Bakar lagi lebih kurang 4-5 min.
  • Bila masak sejukkan di bawah tuala supaya roti sentiasa gebu dan tidak kering.
** saya telah menaburkan terus keju mozarella dan almond nibs sebelum di bakar.Sebab itulah kejunya menjadi hangus...waaaa!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan