Rabu, 13 Jun 2012

PUDING SUNQUICK PIC DAN SUSU

Salam bahagia buat semua...

Saya membuat puding ini dari resepi yang di beri oleh Miss Joanna Joseph,kawan saya yang berasal dari Sabah dan bekerja di tempat yang sama dengan saya.Kami semua memanggilnya Joe-Jo.Di sini saya ingin kongsikan resepi puding yang selalu Joe-Jo buat.Terimakasih untuk my sweet younger friend -Joe-Jo kerana memberi keizinan untuk saya kongsikan resipinya di sini.
PUDING SUNQUICK PIC DAN SUSU
Sumber:Joanna Joseph(Joe-Jo)

Bahan-bahan
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 1 paket serbuk agar-agar(35 gm.)
  • 1 biji telur-pukul sedikit
  • 1000ml air-untuk agar-agar(guna 1200ml. air)
  • 1000ml.air-untuk kuah puding/kuah susu
  • sunquick,tepung jagung secukupnya
  • buah pic dalam tin secukupnya-potong dadu
  • secubit garam(saya tambah)
Cara membuatnya
  • Campurkan serbuk agar-agar bersama 1000ml.air ,1/2 tin susu pekat manis,1/2 tin susu cair dan sebiji telur.
  • Masak di atas api sederhana hingga mendidih.Tambahkan sedikit garam.
  • Selepas mendidih,tuangkan agar-agar ke dalam acuan pilihan(saya menggunakan dua bentuk acuan).
  • Masukkan buah pic yang di potong kiub tadi.
  • Akhir sekali,dengan menggunakan sudu, letakkan sunquick di tepi bekas acuan puding sekeliling secara perlahan-lahan dan biarkan ia meresap ke bawah adunan puding.
  • Sejukkan di dalam peti ais.
Cara membuat kuah puding/kuah susu
  • Campurkan air 1000ml.dengan 1/2 tin susu pekat manis,1/2 tin susu cair(baki dari penggunaan untuk puding tadi) dan secubit garam.
  • Campurkan 3 sudu besar tepung jagung untuk memekatkan kuah puding.Jika terlalu pekat boleh di tambahkan sedikit air.
  • Masak sampai mendidih di atas api yang sederhana.Sejukkan.
#Bila puding beku sudah, keluarkan dari acuan dan siramkan kuah susu di atasnya.Sangat sedap di makan waktu sejuk-sejuk gitu!wallaaa....(Joe!..Kak Su bagi 4 bintang!!ok tak?).Sorry ye ..kita buat 'penambahbaikkan sedikit'.


2 ulasan: