style="text-align: center"

Rabu, 13 Jun 2012

UDANG GORENG OAT

Selamat bertemu kembali buat semua pengunjung blog ini dan salam bahagia.Semoga segala apa yang sedang di lakukan akan berjaya....
Udang Goreng Oat dalam gambar ini adalah resipi Chef Tania Aris yang tersiar di dalam akhbar Berita Harian.Saya ingin kongsikan resipinya di ruangan ini pula sebagai rujukan pada masa akan datang.                                                                 
UDANG GORENG OAT
Sumber:Chef Tania Aris

Bahan-bahan
  • 1/2 kilo udang yang bersaiz besar-buang kulit kecuali ekor
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan oat segera
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh soda bikarbonat
  • 180 ml.air
  • jus lemon secukupnya
  • lada putih dan garam secukup rasa
  • minyak secukupnya untuk goreng terendam.
Cara membuatnya
  • Udang di bersihkan dan belah bahagian belakangnya hingga ia menjadi leper.
  • Gaulkan udang dengan jus lemon,lada putih dan garam.
  • Dalam sebuah mangkuk,satukan garam,tepung,oat,soda bikarbonat,baking powder dan masukkan air sedikit demi sedikit mengikut kepekatan batter yang di inginkan
  • Adun hingga rata.Perap batter 5 hingga 10 minit supaya oat menyerap.
  • Panaskan minyak di dalam kuali,celup udang ke dalam adunan batter.Pegang udang pada bahagian ekornya,celup perlahan-lahan ke dalam minyak panas.
  • Apabila tepungnya mengelembung,baru di lepaskan udang seluruhnya ke dalam minyak panas dan goreng hingga masak.
  • Angkat dan toskan minyaknya,bolehlah di hidangkan
**saya hidangkan udang ini dengan sos cili dan mayonis.

2 ulasan:

  1. kalau udang...goreng la cmne pun mesti sedap...tp nampak udang ni rangup jer..nyummm nyum..

    BalasPadam
  2. memang rangup betul..baru sempat mamanya makan sekor, anak-anak dah habiskan.biasanya budak-budak tu susah juga nak makan udang!.

    BalasPadam