style="text-align: center"

Selasa, 12 Jun 2012

BANANA UPSIDE DOWN CAKE

 Salam bahagia buat semua...

Nama melayunya adalah kek pisang terbalik.Dimana bahagian bawah kek ini di letakkan karamel dan di lapisi pula dengan pisang yang di belah dua.Adunan kek akan di curahkan ke atas pisang .Apabila kek telah masak ia akan di terbalikkan dan lapisan bawah kek yang ada pisang akan menjadi permukaan kek di atas.Sebab itulah agaknya di beri nama Kek pisang terbalik.


lapisan pisang di atas karamel .             
                                                   



 



adunan kek di curahkan ke atas pisang .          




                                                                                  
                                                                             
                                                                                  


kek yang telah masak di bahagian atas.







                                                                            


                                                                                   



kek yang telah masak di bahagian bawah.

































BANANA UPSIDE DOWN CAKE
Sumber:blog citarasawan 

Bahan-bahan
karamel
  • 100 gm.gula pasir
  • 6 biji pisang berangan -di belah dua
Cara membuat karamel
  • Masukkan gula ke dalam loyang dan cairkan hingga gula menjadi perang.
  • Goyangkan karamel kiri dan kanan loyang tanpa mengacaunya.
  • Biarkan sejuk(ia akan mengeras di dalam loyang).
  • Kemudian griskan tepi loyang dengan mentega.
  • Susun hirisan pisang di atasnya rapat-rapat.Ketepikan.
Adunan kek
  • 160 gm.tepung gandum
  • 60 gm.tepung jagung
  • 2 biji pisang -di lecek halus
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 3 biji telur-asingkan putih telur
  • 50 ml.minyak masak/mentega cair
  • 40 ml.air
  • 1/4 sudu teh garam
  • 140 gm .gula kastor
  • 125 ml.susu cair
Cara membuatnya
  • Pukul putih telur dan garam hingga kental dan bertanduk.Ketepikan.
  • Ayak tepung gandum,tepung jagung,baking soda dan baking powder.Ketepikan.
  • Satukan kuning telur,air dan minyak masak.Pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan putih.
  • Perlahankan mixer,masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang -seli  dengan susu cair hingga rata dan sebati.
  • Masukkan pisang lecek,gaul rata.Kemudian kaup balikkan dengan adunan putih telur hingga sebati.
  • Tuang ke dalam loyang berisi karamel tadi dan bakar di dalam oven yang di panaskan terlebih dahulu selama 45 min .pada suhu 180' C.
  • Bila masak,sejukkan sebentar dan terbalikkan kek ke atas redai.Boleh di potong untuk di hidangkan.

2 ulasan:

  1. wowww kreatifnya..sukerrr sgt..mesti sedap nih..

    BalasPadam
  2. thank you syuhada.harap syuhada cuba membuatnya .ia sangat sedap!!

    BalasPadam