Khamis, 2 Ogos 2012

SAYUR CAMPUR CENDAWAN MERAH

Salam bahagia buat semua...
Masakan sayur hari ini ialah Sayur cendawan merah yang saya campurkan dengan bunga kubis dan tau-pok(tauhu goreng yang ringan).Berbuka puasa hari ini dengan Nasi goreng serai dan Ayam goreng rangup.Saya masak sayur  sebagai sampingan sahaja memandangkan banyak sayur tersimpan di dalam peti sejuk.

SAYUR CENDAWAN MERAH
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 5 keping cendawan merah lembut-di potong kecil
  • 1/2 labu bawang besar-potong nipis
  • 1 biji tomato
  • 2 keping tau-pok(tauhu goreng yang ringan)-potong kecil
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 1sudu kecil serbuk lada hitam
  • sos nampla/sos ikan secukup rasa
  • 5 ulas bawang putih-di ketuk
  • 1 sudu besar sos tiram
Cara membuatnya
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik baunya.
  • Masukkan sos tiram dan air secukupnya untuk kuah sayur.
  • Tambahkan bunga kubis,cendawan merah lembut,tau- pok dan kiub pati ikan bilis.
  • Masak dengan api sederhana sehingga sayur masak.Sebelum di angkat masukkan tomato yang telah di potong .
  • Sesuaikan rasanya dengan sos nampla.Masak sebentar dan bolehlah di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan